Tuesday, May 12, 2009

BERUBAH ATAU KITA DIUBAH

Berubah atau kita diubah, begitulah lebih kurangnya bunyi peringatan Presiden UMNO yang baru menerajui tampuk kepimpinan Parti UMNO. Satu rangkaikata yang yang ringkas tapi TEGAS disuarakan oleh Presiden namun hakikatnya walaupun ringkas tapi amat sukar untuk diterjemahkan menjadi kenyataan. Seluruh ahli UMNO menantikan perubahan-perubahan yang amat diharapkan dapat diterajui oleh Presiden baru. Agar sokongan rakyat yang merosot kepada kerajaan seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke 12 dapat dipulihkan. Jasa dan rekod pejuangan UMNO bukan kepalang. Tak boleh dinafikan. Malaysia boleh berada pada tahap hari ini adalah bukti jelas kejayaan pimpinan UMNO bersama rakan-rakannya dalam Barisan Nasional. Tapi keputusan pilihanraya ke 12 amat mengejutkan. 4 negeri yang dahulunya di kuasai kerajaan Barisan Nasional dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Manakala negeri ku Kelantan terus dikuasai oleh Parti PAS. Tanah Merah bukanlah bandar besar. Hanya boleh menyumbang 1 kawasan parlimen dan 3 kawasan DUN. Tanyalah yang buta atau yang tuli, yang bisu pun mungkin boleh tolong jawab kalau di tanya bolehkan UMNO menang pada pilihanraya ke 13. Yang cacat pun akan mengheret tubuh untuk memangkah Pakatan Rakyat. Malang sekali bukan lagi rakyat yang meluat pada UMNO, ahli-ahlinya sendiri dah hilang kepercayaan. Kenapa ahli-ahli UMNO harus setia pada Parti sedangkan pemimpin pun langsung tidak menghormati Perlembagaan Parti. Namun keadaan masih mampu diubah kerana semua permasalahan yang melanda UMNO Tanah Merah berlaku dalam era kepimpinan Pak Lah dan kepimpinan Tan Sri Anuar Musa. Harapnya Presiden baru segera lakukan sesuatu. Nak betulkan UMNO Tanah Merah tak perlukan pindaan Perlembagaan Parti. Perlembagaan yang ada sudah pun memadai, tapi malangnya pemimpin sendiri membelakangkan Perlembagaan Parti dalam mentadbir urus Parti. Harapkan pagar, pagar makan padi, harapkan Setiausaha Agung, Setiausaha Agung tak boleh diharapkan. Itu Setiausaha Agung era Paklah, Setiausaha Agung era Datuk Seri Najib mungkin tak gitu, insya-Allah. Apapun, "Berubah atau kita diubah". wasalam

No comments:

Post a Comment