Tuesday, May 12, 2009

APA NAK JADI DENGAN UMNO TANAH MERAH

Perhimpunan Agung UMNO dah pon berlalu. Presiden dah bertukar tangan. Tahniah pada Datuk Seri Najib.Tahniah juga pada Timbalan Presiden baru. Satu gandingan yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada UMNO. Tahniah juga pada semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang terpilih. Semuga anda semua berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagaimana janji-janji sebelum dipilih.Tahniah juga pada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang baru, Dato' Mustapha Mohamed serta timbalanya Dato' Awang Adek. Semuga rakyat Kelantan akan kembali menyokong UMNO di bawah kepimpinan anda berdua. Apa pon selesaikan dulu masalah UMNO Tanah Merah. Jangan lah buat pejam mata pulak. Dahlah rakyat menolok UMNO, jangan pula ahli-ahli UMNO menolak UMNO. Bukan bencikan parti, tapi menolak individu yang gila kuasa nak jadi pemimpin. Kalau Datuk Seri Ali Rastam, bekas Naib Presiden UMNO kena "tindakan", Khairy Jamaluddin diberikan "amaran" kenapa pula individu gila kuasa di Bahagian Tanah Merah boleh terlepas.Nak tanya Datuk Husainay, beliau dah bukan Setiausaha Kerja lagi. Tapi rasanya Setiausaha Agung boleh jawab kot. Banyak yang tak kena berlaku di Bahagian Tanah Merah. Kalau masalah di Bahagian Tanah Merah pon tak mampu diselesaikan macamana nak selesaikan masalah negara. Yang pasti jika langkah penyelesaian segera tidak diambil, kawasan Parlimen dan ketiga kawasan DUN di Bahagian Tanah Merah tidak akan jadi milik UMNO. Oleh itu, wahai individu yang mendabik dada sebagai pemimpin parti janganlah buat tak tahu, atau tak mahu ambil tahu. Kembalikan Perlembagaan Parti kepada ahli-ahli UMNO di Bahagian Tanah Merah.Jangan nanti nasi dah jadi bubur, baru sibuk nak cari jalan atasi masalah. Tanah Merah sebenarnya tiada lagi UMNO Bahagian, yang ada ialah UMNO Giant, milik peribadi individu yang dah lama gilakan kuasa. Tahun 2004 pernah di gantung keahlian, tapi tak mati dan rupanya kembali dengan lebih ganas lagi.............................Ikutilah siri pendedahan Eksekutif Perlembagaan UMNO dicabul, dipijak , dikencing untuk menobatkan individu gila kuasa menjadi Ketua UMNO Giant Bahagian Tanah Merah. Salam dari Amran Abdul Rahman, Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah.

No comments:

Post a Comment